Latar belakang Yonny (EP)

Dalam temu ramah bersama mStar Online, Yonnyboii berkata EP ini sarat dengan muzik yang tulus untuk pendengar memahami gejolak perasaan yang perlu dihayati dalam setiap lagu dan juga berkata:

"Menerusi album EP ini, saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu yang disampaikan".[2]

Pembikinan EP Yonny melibatkan enam penerbit iaitu Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfe.[2] Bagaimanapun, Yonnyboii tidak mengharapkan sebarang impak untuk EP ini, kerana beliau mahu peminat mengenali siapa dirinya.[2] EP ini mengambil masa empat minggu untuk disiapkan semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Sebanyak 80 peratus lagu di dalam EP ini lagu yang pernah dirakamkan, namun digubah semula dengan penambahbaikan kualiti rakaman luar biasa.[3]